400 kanak-kanak disyaki mangsa eksploitasi diselamat polis - KPN

400 kanak-kanak disyaki mangsa eksploitasi diselamat polis – KPN

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 402 kanak-kanak berusia setahun hingga 17 tahun dipercayai mangsa eksploitasi diselamatkan dalam serbuan di 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam serbuan pada 6 hingga 11 pagi tadi seramai 171 individu ditahan.

Menurut beliau, kanak-kanak yang kita selamatkan ini kita akan disaring pemeriksaan kesihatan, kita akan buat dokumentasi dan akan dilaksanakan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol),” katanya pada sidang akhbar di IPK Pahang.

Kata beliau, serbuan dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN