30,000 penumpang terjejas akibat kru penerbangan lancar mogok

30,000 penumpang terjejas akibat kru penerbangan lancar mogok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Lebih 30,000 penumpang terjejas selepas juruterbang dan anak kapal melancarkan mogok bagi menuntut kenaikan gaji di Argentina yang dilanda inflasi.

Mogok selama 24 jam itu menyebabkan pembatalan 319 penerbangan, sekaligus memberi kesan kepada pelancong domestik dan serantau.

Jurutera Costa Rica, Alex Rodriguez, 53, berkata, dia terkandas ketika dalam perjalanan untuk melawat tarikan pelancongan utama Amerika Selatan, Iguazu Falls yang menakjubkan di sempadan Argentina dan Brazil.

“Kami sudah lama merancang percutian ini, sejak tiga bulan lalu. Kami datang dari jauh dengan kos yang mahal, namun akhirnya semuanya gagal,” luahnya kepada AFP.

Setiausaha Agung Persatuan Kakitangan Aeronautik (APA), Juan Pablo Brey berkata, kuasa beli kakitangan penerbangan jatuh 40 peratus sejak Javier Milei memegang jawatan sebagai Presiden Aerolineas Argentinas, Disember lalu.

Sejak memegang jawatan itu, Milei menggunakan program penjimatan drastik dalam usaha mengekang inflasi dan perbelanjaan berlebihan kerajaan.

Bagaimanapun, inflasi masih berada pada kadar 236.7 peratus dan kelembapan ekonomi yang dicetuskan oleh pemotongan belanjawan yang melanda Argentina. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN