3 cedera dalam serangan Ukraine di Belgorod, Rusia

3 cedera dalam serangan Ukraine di Belgorod, Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seramai tiga orang awam cedera di wilayah Belgorod, Rusia, selepas terkena tembakan peluru Ukraine di bandar Shebekino, kata gabenor wilayah tersebut.

“Krew ambulans membawa seorang wanita dalam keadaan serius dengan kecederaan serpihan di belakang dan paha serta seorang lelaki dengan kecederaan serpihan di dada ke hospital klinikal wilayah,” kata Vyacheslav Gladkov, gabenor wilayah tersebut, dalam satu hantaran di saluran Telegram beliau.

Seorang lagi mangsa dibawa ke hospital dengan kecederaan serpihan di paha, tambahnya, sambil memaklumkan dua buah rumah dan empat bangunan luar terbakar dalam insiden itu.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan tersebut secara bebas.

Wilayah Belgorod kerap menjadi sasaran tembakan dan serangan dron dari Ukraine sepanjang peperangan ini.

Wilayah itu terletak bersebelahan dengan wilayah Kursk, dengan sebahagian besar kawasan tersebut kini diduduki oleh tentera Ukraine selepas serangan rentas sempadan bulan lalu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya