3 anggota Palang Merah maut kenderaan diserang Russia

3 anggota Palang Merah maut kenderaan diserang Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DONETSK: Tiga anggota Palang Merah maut, manakala dua lagi cedera selepas Russia membedil sebuah kenderaan dinaiki mangsa dalam kejadian di Kampung Viroliubivka di sini, semalam.

Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang mengesahkan perkara itu memberitahu, serangan berlaku di lokasi pemberian bantuan di Donetsk.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap anggota ICRC yang bertanggungjawab memberi bantuan kepada mangsa konflik peperangan.

“Kami berdukacita atas kehilangan ini,” katanya seperti mana dilaporkan Al Jazeera.

Semua yang maut adalah warganegara Ukraine.

ICRC dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden berlaku ketika anggotanya melakukan persediaan mengagihkan kayu api dan arang batu kepada penduduk di Kampung Viroliubivka menjelang musim sejuk.

“Kami percaya, kenderaan yang tertera logo ICRC memang sengaja disasarkan tentera Russia,” jelas kenyataan itu.

Menurut misi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Ukraine itu, sebanyak 50 kakitangan bantuan maut di negara ini tahun lalu sahaja, dengan 11 daripadanya terbunuh ketika bertugas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN