BEIRUT: Seramai 27,000 orang yang dipindahkan dari selatan Lubnan kini berlindung di 252 tempat perlindungan susulan serangan udara Israel berterusan, kata Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin dalam satu sidang media pada Selasa. Nasser berkata, bilik operasi kebangsaan dan Suruhanjaya Bantuan Tertinggi telah diaktifkan untuk memastikan keperluan asas para pelarian dipenuhi selepas situasi tegang di negara itu semakin meruncing. Dalam pada itu, Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Abbas Halabi, mengumumkan penangguhan semua aktiviti pendidikan di seluruh negara sehingga akhir minggu ini, dengan sekolah awam dibuka untuk menerima pelarian. Menurut Halabi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya