236 maut banjir di Myanmar - Utusan Malaysia

236 maut banjir di Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW: Sekurang-kurangnya 236 orang maut, manakala 77 lagi masih hilang selepas Taufan Yagi menyebabkan banjir teruk di beberapa kawasan di Myanmar.

Akhbar Global New Light of Myanmar yang dikendalikan oleh kerajaan hari ini memetik Pejabat PBB bagi Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) sebagai berkata, angka korban mungkin lebih tinggi.

“Beberapa sumber menunjukkan ratusan orang mati, dengan banyak lagi yang hilang,” jelas OCHA yang menambah, sebanyak 631,000 orang turut terjejas akibat banjir tersebut.

Taufan Yagi, salah satu ribut terkuat yang melanda rantau ini tahun ini, membadai selatan China, Vietnam, Laos dan Myanmar, minggu lalu dengan hujan lebat. 

Ratusan orang turut maut di utara Vietnam.

Sementara itu, Thailand dan Myanmar akan bekerjasama menangani isu banjir melibatkan dua negara, kata Kementerian Hal Ehwal Luar Thailand. 

Menteri Hal Ehwal Luar Thailand, Maris Sangiampongsa memberitahu pemberita, kerjasama dua hala itu bertujuan meningkatkan kecekapan dalam kawalan banjir dan memastikan pengurusan sumber air yang mampan di masa hadapan bagi kedua-dua negara.

Jelas beliau, persetujuan itu dicapai susulan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Myanmar, U Than Swe.

“Pada pertemuan itu, kami turut mencadangkan rancangan pengurusan air di bawah Kerjasama Mekong-Lancang (MLC) melibatkan enam negara iaitu Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam, Thailand dan China,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya