18 maut, 4 hilang akibat hujan lebat di Maghribi - Utusan Malaysia

18 maut, 4 hilang akibat hujan lebat di Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban dan empat lagi masih hilang selepas hujan lebat melanda selatan Maghribi, berdasarkan kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Laporan sebelum ini menyatakan 11 kematian dan sembilan orang hilang akibat daripada hujan lebat tersebut.

Mangsa yang terkorban termasuk tiga warga asing dari Sepanyol, Kanada, dan Peru, dilaporkan di wilayah Tata, Errachidia, Tiznit, Tinghir, dan Taroudant.

Pihak kementerian turut memaklumkan usaha mencari mangsa yang hilang masih diteruskan.

Selain itu, pihak kementerian juga berkata, bekalan air dan perkhidmatan telekomunikasi yang terjejas akibat hujan lebat dan banjir kini telah pulih sepenuhnya, manakala 84 daripada 110 jalan raya yang terjejas dibuka semula untuk lalu lintas.

Pasukan teknikal masih bertungkus-lumus untuk memulihkan rangkaian elektrik yang rosak, dengan menegaskan sumber-sumber yang diperlukan telah digerakkan bagi menangani situasi luar biasa ini serta membantu rakyat di kawasan yang dilanda banjir.

Menurut satu hantaran dalam media sosial oleh pihak berkuasa meteorologi Maghribi, hujan lebat dan banjir yang meragut nyawa ini disebabkan oleh ‘jisim udara tropika yang tidak stabil.’ -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN