15 maut kebakaran hutan di Peru - Utusan Malaysia

15 maut kebakaran hutan di Peru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Kebakaran hutan di Peru mengorbankan sekurang-kurangnya 15 nyawa dan membakar lebih 3,000 hektar tanah pertanian dan hutan, kata pihak berkuasa semalam.

Perdana Menteri Peru, Gustavo Adrianzen memberitahu wartawan, kebakaran tersebut berpunca daripada aktiviti manusia dengan 22 daripada 24 wilayahnya terlibat.

Beliau berkata, angin kuat dan kepulan asap tebal menghalang operasi memadamkan kebakaran menggunakan pesawat.

Laporan Pertahanan Awam yang dipetik oleh The Associated Press menunjukkan, sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 98 lagi cedera akibat kebakaran tersebut sejak bulan Julai lalu.

Jelas laporan berkenaan, daripada jumlah kematian itu, sebanyak 10 orang terkorban dalam dua minggu terakhir ini dengan lebih 1,800 penduduk lain terjejas.

Sektor ternakan juga dilaporkan mengalami kerugian apabila sebanyak 334 haiwan mati.

Perkhidmatan Hutan dan Hidupan Liar Kebangsaan Peru SERFOR memberitahu, kesan perubahan iklim menyebabkan api lebih mudah merebak.

Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Juan Urcariegui berkata, kawasan paling terjejas teruk adalah di wilayah Amazon, yang bersempadan dengan Ecuador. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN