BEIRUT: Sebanyak 12 anggota tentera Syria terbunuh dalam serangan berani mati oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) di barat laut Syria semalam, kematian tertinggi seumpamanya di kawasan tersebut tahun ini. Pengarah kumpulan Pemantau Hak Asasi Kemanusiaan Syria (SOHR), Rami Abdel Rahman memberitahu AFP, serangan tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti oleh HTS sejak Isnin lalu yang disasarkan terhadap pasukan tentera Syria. “Seramai 12 tentera Syria maut dalam serangan bunuh diri yang dilakukan oleh pasukan khas dari HTS. “Serangan itu menyasarkan kedudukan pasukan tentera Syria di wilayah Latakia yang bersempadan dengan Idlib,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya