1,000 anggota dapat manfaat melalui Program Work Based Learned

1,000 anggota dapat manfaat melalui Program Work Based Learned

Faizah Abd Majid (dua dari kiri) menerangkan tentang Projek Work Based Award (WBA) UiTM@WBL MINDEF kepada Khaled Nordin (kiri) selepas meluncurkan Minggu Bersama Pencarum Wilayah Selatan di Kem Mahkota, Kluang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seramai 1,000 anggota tentera seluruh negara yang tiada kelulusan Diploma akan memperolehi manfaat melalui Program Work Based Learned (WBL) hasil kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM).

Pegawai Staf 1, Pengajian Tinggi ATM, Leftenan Kolonel, Zulkifli Hussen berkata, melalui WBL ini semua anggota terpilih akan berpeluang mengikuti pembelajaran dalam enam program yang ditawarkan.

Katanya, program-program yang ditawarkan adalah Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pendidikan Islam, Diploma Pengurusan dan Technologi Pejabat, Diploma Sains dan Rekreasi dan Diploma Sains Geomatik.

“Program ini adalah baharu dalam ATM dan ia akan mula dilaksanakan bermula tahun hadapan dan mensasarkan kira-kira 90,000 anggota yang masih tidak mempunyai sijil diploma.

“Bagaimanapun, setiap anggota yang terpilih untuk mengikuti program WBL ini terlebih dahulu perlu mencapai bertugas selama 10 tahun dan memilih kursus bersesuaian dengan kemahiran dalam perkhidmatan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Zulkifli yang juga mewakili Kor Perkhimatan Am (KPA – Didik) program yang kenali sebagai Inisiatif Pendidikan ATM Work-Based Learning (WBL MINDEF) yang bermula pada 2025 itu, ia dilaksanakan dengan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, sebagai permulaan ATM akan libatkan kira-kira 1,000 anggota dan diharapkan kerjasama berkenaan akan berterusan dari masa ke semasa dan kita harapkan anggota kita (ATM) akan mempunyai ilmu tambahan atau kemahiran tertentu sebelum mereka bersara.

Sementara itu, Ketua Projek Work Based Award (WBA) UiTM@WBL MINDEF, Prof. Dr. Faizah Abd Majid berkata, kelebihan bagi anggota tentera yang terpilih untuk program pengajian ini, mereka akan dianugerahkan diploma masing-masing setelah enam bulan pengajian dan tidak perlu ke mana-mana cawangan UiTM.

“Malah kita yang akan datang ke kem-kem tentera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN