Zii Jia mara ke suku akhir, cerah peluang buru pingat emas

Zii Jia mara ke suku akhir, cerah peluang buru pingat emas

LEE Zii Jia menewaskan pemain Taiwan, Su Li Yang 19-21, 21-8, 21-16 pada perlawanan pusingan kedua Masters Jepun 2024 di Gimnasium Wilayah Kumamoto, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memastikan tempat ke suku akhir menjadi miliknya selepas dia menafikan cabaran wakil tuan rumah, Toma Junior Popov di peringkat 16 terbaik pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, sebentar tadi.

Anak jati Kedah yang menghuni ranking No. 7 dunia itu mengambil masa selama 46 minit untuk menewaskan Popov yang berada di tangga ke-20 dunia 21-13, 24-22 di Arena Porte De La Chapelle.

Pada suku akhir, esok, Zii Jia akan berdepan laluan yang lebih getir apabila turun beraksi menentang jaguh No. 3 dunia, Anders Antonsen dari Denmark.

Zii Jia ketika ditemu bual selepas perlawanan berkata, dia gembira dapat memperbaiki pencapaiannya pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun setelah terkandas di peringkat 16 terbaik.

“Kali ini saya layak ke suku akhir dan ini merupakan satu peningkatan yang baik pada penampilan saya di pentas Sukan Olimpik,” katanya.

Mengulas mengenai aksinya pada pusingan kedua itu, Zii Jia memberitahu, dia sedikit terkejut dengan sokongan yang diberikan penonton tuan rumah kepada Popov.

“Penonton dekat sini lain sikit, mereka beri sokongan kepada Popov seperti sedang menyaksikan bola sepak, saya akui sedikit terganggu,” ujarnya.

Pemain berusia 26 itu turut menitipkan ucapan terima kasihnya kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan khususnya pada penampilan keduanya di pentas Olimpik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya