Vicente miliki jentera serangan terbaik Harimau Malaya

Vicente miliki jentera serangan terbaik Harimau Malaya

Syafiq Ahmad kembali dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain mempunyai cukup minit permainan serta jentera serangan yang lengkap kini menjadi kelebihan untuk Harimau Malaya membawa cabaran di Pestabola Merdeka 2024.

Jadual Liga Malaysia (Liga M) yang kini ‘kena’ dengan masa panggilan untuk pemain menyertai Harimau Malaya juga menjadi satu lagi kelebihan untuk skuad kendalian pengendali baharu, Pau Marti Vicente.

Situasi berkenaan berbeza dengan skuad panggilan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang sebelum ini berdepan masalah kecergasan selain ada pemain yang kekurangan minit permainan.

Pengendali dari Sepanyol itu, dapat memanggil jentera serangan yang diinginkan selepas skuad kebangsaan bergelut di bahagian jentera serangan pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Jun lalu.

Dalam skuad kali ini, Vicente dapat menggunakan khidmat Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Darren Lok (Sabah FC) dan Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman FC).

Situasi berkenaan jelas menggembirakan Vicente dan membolehkan beliau merangka strategi terbaik di bahagian serangan untuk berdepan Filipina pada 4 September ini dalam aingan Pestabola Merdeka 2024.

“Jika hendak dibandingkan dengan kem sebelum ini, kita tidak memiliki ramai penyerang tetapi kali ini, kita ada penyerang yang boleh digunakan, Saya yakin dengan kemampuan yang ada pada mereka.

“Kita berdepan kesukaran untuk mendapatkan penyerang terbaik kerana pasukan Liga Malaysia (Liga M) menggunakan khidmat penyerang import tetapi kita ada penyerang, pemain sayap dan pemain tengah menyerang yang bagus.

“Jadi kita gembira dengan pilihan yang kita ada di bahagian serangan,” kata Vicente.

Sebagai rekod, skuad negara akan berdepan Filipina untuk aksi pertama pada 4 September ini manakala satu lagi aksi akan menampilkan pertembungan antara Lubnan dan juara bertahan, Tajikistan pada tarikh sama.

Pemenang kedua-dua perlawanan itu akan berentap di final selepas pasukan yang tewas akan mengharungi aksi penentuan tempat ketiga pada 8 September.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya