Tze Yong kembali ke gelanggang Januari tahun depan

Tze Yong kembali ke gelanggang Januari tahun depan

NG Tze Yong akan kembali menjalani sesi latihan Januari depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ng Tze Yong dijangka hanya akan memulakan latihan pada Januari, tahun depan, dalam usaha memastikan pemain badminton perseorangan lelaki negara itu berada dalam keadaan terbaik sebelum kembali ke gelanggang.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, pemain itu yang kini jatuh ke ranking No. 22 dunia gara-gara kecederaan memerlukan masa untuk menyertai latihan berintensiti tinggi setelah lama berehat kerana menjalani dua pembedahan belakang pada Februari dan April lalu.

“Melalui perbualan antara jurulatih, (Datuk Tey) Seu Bock dengan Tze Yong, mungkin setakat ini jurulatih punya rancangan untuk latihan pada Januari tahun depan.

“Banyak hal yang dia sudah cuba, cuma Tze Yong perlu menunggu sehingga keyakinan dirinya bisa normal kembali.

“Jadi, ini satu proses untuk memotivasikan keyakinan diri Tze Yong, dia sebenarnya berada dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui di ABM dekat sini, hari ini.

Menurut Rexy, cuma sekarang di pihak jurulatih sedang mengusahakan agar Tze Yong benar-benar bersedia kerana dia sudah lama tidak ada latihan berintensiti tinggi, jadi, ia pasti akan menjejaskan prestasi semasanya.

Jelasnya, apa sahaja keputusan menurunkan Tze Yong ke gelanggang latihan akan turut dirujuk kepada nasihat pakar fisioterapi.

Pemain berusia 24 tahun itu hanya sempat beraksi pada Terbuka Malaysia, Januari lalu dan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), Februari lepas.

Anak jati Johor itu memperoleh kecederaan belakang sewaktu beraksi pada pusingan pertama Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kecederaan yang melanda Tze Yong itu juga menyaksikan dia terpaksa melupakan impiannya untuk melakukan penampilan sulung di pentas Sukan Olimpik 2024, Paris yang menutup tirai temasya, hujung minggu lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya