Tukang tilik nasib rogol, tipu ditahan polis

Tukang tilik nasib rogol, tipu ditahan polis

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim (duduk, empat dari kanan) bersama mangsa-mangsa penipuan atau gangguan seksual oleh tukang tilik nasib di pejabat MHO di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis berjaya memberkas seorang tukang tilik bergelar Datuk yang didakwa merogol seorang wanita dan menipu pengikutnya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Ka­marul Azran Wan Yusof berkata, penahanan itu dibuat selepas satu laporan diterima polis semalam.

“Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Suspek juga sudah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, seorang wanita trauma apabila didakwa dirogol dan dipaksa melakukan hubu­ngan seks beberapa kali dengan seorang lelaki bergelar Datuk yang juga tukang tilik nasib.

Wanita yang dikenali sebagai Linda, 24, berkata, dia pada mulanya terpedaya dengan perkhid­matan ditawarkan lelaki berkenaan menerusi iklan dalam media sosial bagi me­ngubah nasib hidupnya.

Katanya, sejak daripada itu, lelaki berkenaan yang dipanggil ‘master’ beberapa kali memperdaya dan menyakinnya bahawa dia adalah teman hidupnya dan perlu menjadi teman wanitanya sekira mahu mendapat nasib yang baik.

“Kejadian pertama berlaku adalah pada November tahun lalu, yang mana lelaki berkenaan memaklumkan saya telah terkena ilmu hitam dan perlu menjalani rawatan.

“Sepanjang tempoh rawatan berkenaan, saya perlu menanggalkan pakaian dan berbogel sebelum dia menyentuh bahagian sulit saya bagi membuang ilmu hitam itu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini semalam.

Sementara itu, seorang lelaki kerugian RM70,000 selepas diperdaya dan ditipu lelaki sama setelah mengikuti kelas pelaburan kripto yang dianjurkannya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN