Tuah Nurul Aiyani tukar sukan

Tuah Nurul Aiyani tukar sukan

AKSI Nurul Aiyani Mohamed Kamaluddin ketika acara baling tukul besi wanita di Stadium Sarawak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Atlet baling tukul besi wanita Pahang, Nurul Aiyani Mohamed Kamaluddin membuktikan keputusannya ‘bercerai’ dengan sukan bola baling adalah keputusan tepat apabila memenangi pingat emas Sukan Malaysia di Stadium Sarawak, semalam.

Malah atlet kelahiran Raub itu juga mengakui rasa ‘tertipu’ kerana menjangkakan kemasukannya ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang adalah menerusi kuota acara bola baling yang menjadi sukan kesayangannya.

“Saya mula main baling tukul besi sejak tingkatan satu. Bukan saya yang pilih tetapi ada seorang jurulatih yang cadangkan kepada saya kerana dia merasakan saya memiliki saiz yang baik untuk sukan ini.

“Balingan pertama saya memang teruk kerana saya tidak tahu apa-apa tentang acara baling tukul besi kerana saya tidak pernah kenal pun sukan ini. Apabila masuk ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang baharu saya tahu tentang acara ini.

“Saya ingatkan saya masuk ke sekolah sukan untuk bola baling tetapi sebenarnya dalam balingan,” katanya.

Dalam saingan semalam, Nurul Aiyani merekodkan balingan sejauh 44.28 meter untuk menang emas sekaligus mengatasi pencabar terdekatnya dari Perlis, Nur Salsabila Mohd Zamsairon (44.10m) manakala peserta tuan rumah,Ailenna Thipong Anak Laga raih gangsa (42.04m).

Menceritakan saingan yang dilaluinya pada penampilan sulung di Sukma, akui puas apabila dapat atasi Nur Salsabila kerana lawan ini sering jadi pencabar terdekat dalam beberapa pertandingan sebelum ini.

“Hari ini (semalam) saya rasa saya tidak mampu atasinya. Saya memang bersaing rapat dengannya sejak di MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia) tetapi tahun lepas saya sudah mampu atasinya.

“Memang saya ada buat latihan angkat berat kerana nak kuatkan kaki dan tangan. Saya juga cuba buat pusingan lebih laju ketika melakukan lontaran dan akhirnya berjaya meraih kemenangan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya