BN rampas Nenggiri, kemenangan PRK pertama selepas PRU15

Tidak rasmi: BN rampas DUN Nenggiri, kemenangan PRK pertama selepas PRU15

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani (kiri) semasa diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Nenggiri di Pejabat UMNO negeri di Kota Bharu, Kelantan, semalam. -UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Barisan Nasional telah merampas semula kerusi DUN Nenggiri di Kelantan dengan majoriti 2,802 undi, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki malam ini.

Beliau berkata calon BN Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh 6,911 undi berbanding 4,109 undi yang diperoleh pesaingnya daripada calon Perikatan Nasional Rizwadi Ismail.

Asyraf berkata: “Terima kasih pengundi kerana mengembalikan Nenggiri kepada BN berdasarkan keputusan awal dengan undi dikira dalam 37 daripada 47 saluran pengundian. Beliau berkata BN mendahului di 15 daripada 20 daerah mengundi.”

Kerusi itu telah menjadi kubu kuat UMNO selama empat penggal sehingga 2022. Ia mencatatkan keputusan sengit dalam dua pilihan raya sebelum ini, dengan BN hanya menang dengan 461 undi pada 2018 sebelum PN merampasnya buat kali pertama tahun lepas, dengan majoriti 810 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN