LUARANNYA, lelaki ini sama seperti lelaki lain, tetapi yang membuatkan dirinya istimewa ialah sekeping hati yang sarat dengan cinta dan jiwa kebapaan. Michael Tong Wai Siong, 55, berdarah Tionghoa tidak kekok memiliki anak angkat berketurunan Melayu yang dipelihara sejak 16 tahun lalu. Bukan seorang, tetapi tiga beradik dijaganya iaitu Rafie Ahmad Fauzi, 29, diikuti Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24. Ihsan dicurahkannya turut mengubah hidup anak-anak itu sekali gus mengatasi trauma mereka akibat kehilangan ibu bapa kandung dan terpisah antara satu sama lain. “Saya percaya perjalanan hidup kita sudah ditakdirkan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya