PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Korea Selatan 2024, sebentar tadi.
Gandingan No.9 dunia itu menewaskan pasangan profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-18, 21-11 dalam tempoh 34 minit pada aksi suku akhir di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul.
Ini adalah kemenangan pertama Tang Jie-Ee Wei ke atas Soon Huat-Shevon musim ini selepas tewas dua kali pada pertemuan sebelumnya di Malaysia Masters dan Terbuka Switzerland.
Tang Jie-Ee Wei bakal membuat perhitungan dalam aksi empat pasangan terakhir menentang Cheng Xing-Zhang Chi dari China, esok. – UTUSAN