Tang Jie-Ee Wei melangkah ke final Terbuka Korea Selatan

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melangkah ke final Terbuka Korea Selatan

CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan beregu China, Cheng Xing-Zhang Chi 22-20, 21-19 pada Terbuka Korea Selatan, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akhirnya melangkah ke pentas final Terbuka Korea Selatan 2024, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo itu, Tang Jie-Ee Wei mudah mengatasi cabaran beregu China, Cheng Xing-Zhang Chi menerusi kemenangan straight set 22-20, 21-19 dalam tempoh 50 minit.

Kemenangan manis itu menyaksikan beregu No.9 dunia itu mengubati kekecewaan pada Terbuka Jepun minggu lalu selepas terkandas pada aksi suku akhir.

Perlawanan akhir esok, Tang Jie-Ee Wei bakal berdepan satu lagi wakil dari China juga, Guo Xin Wa-Li Qian selepas mara menewaskan gandingan tuan rumah, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, 21-14, 24-22, 21-10.

Pertemuan sulung antara kedua-dua beregu itu dilihat Tang Jie-Ee Wei berpotensi memenangi kejohanan berstatus Super 500 itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya