Tanaman hiasan gaya Bohemian

Tanaman hiasan gaya Bohemian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menjadikan tumbuh-tumbuhan sebagai sebahagian daripada hiasan dalaman rumah menjadi ikutan penggemar dekorasi pada masa kini.

Namun, pemilihan pokok dan penataan gaya kediaman yang satu ini benar-benar memukau pandangan.

Keindahan pelbagai jenis pokok daripada spesies berbeza yang dipadankan dengan gaya penataan Bohemian amat menarik sekali.

Ia membangkitkan suasana dan gaya semulajadi pada ruangan rumah milik Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian, Putrajaya, Ts. Juliana Megat Ab. Kadeer ini.

Sesuai dengan jawatannya, wanita ini amat mahir dalam penjagaan pokok hiasan dalam rumah.

Tidak hairanlah pokok-pokok ini tumbuh segar dan menjadi sebahagian daripada dekorasi mahligainya.

Juliana memiliki 12 jenis tanaman hiasan yang diletakkan di pelbagai sudut untuk membangkitkan suasana yang damai menenangkan.

“Konsep hiasan dalaman rumah saya adalah hiasan rumah hijau semula jadi Boho.

“Ia menggabungkan unsur Bohemian dan semulajadi untuk mewujudkan suasana santai dan bersahaja dalam rumah.

“Bagi mendapatkan konsep ini, pelbagai elemen perlu diambil kira seperti tanaman hiasan dalam rumah yang sesuai.

“Misalnya, pokok ibu mertua (sansevieria), labah-labah, pothos, tumbuhan getah dan pelbagai lagi yang digabungkan dengan sentuhan peribadi lain seperti macrame dan barangan terpakai untuk mewujudkan mood Boho,” katanya kepada Seri.

Antara sentuhan menarik Juliana adalah ficus elastica yang bermandi cahaya lampu rotan di samping hamparan selimut Indian Tribal Navajo Sofa Throw Blanket pada satu sudut yang membangkitkan suasana damai dan menenangkan.

PADANAN SEMPURNA
Rona hijau semulajadi saat bergabung dengan warna-warna terang daripada selimut memberikan padanan warna sempurna dengan mudah.

Pokok labah-labah yang dibiarkan membesar dengan sihat dalam mangkuk daripada material kayu pula tampak cantik pada satu sudut yang lain.

Tambah Juliana, bagi mendapatkan tanaman yang subur dan sihat, pemilihan baja memainkan peranan penting.

“Contoh baja untuk pokok hiasan dalam rumah adalah jenis pelepasan perlahan iaitu baja osmocote.

“Baja ini antara yang popular dan ia mengandungi butiran yang dilapisi dengan resin bagi membolehkan nutrien dilepaskan secara perlahan ke dalam tanah,” jelasnya.

Selain mencantikkan ruangan, katanya, tanaman hiasan membantu membersihkan dan meningkatkan kualiti udara di ruang tamu.

“Kehadiran tanaman dalam rumah dikaitkan dengan pengurangan tekanan dan meningkatkan suasana tenang. Tanaman dapat membantu mencipta ruang yang lebih tenteram dan nyaman.

“Beberapa tanaman ini boleh membantu menyerap bunyi, membantu meredakan kebisingan di ruang tamu dan mencipta lingkungan yang lebih tenang,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya