Sze Fei, Nur Izzuddin bermula langkah kanan di terbuka jepun

Sze Fei, Nur Izzuddin bermula langkah kanan di Terbuka Jepun

GOH Sze Fei (kanan) dan Nur Izzuddi bergambar di podium selepas kemenangan mereka menentang pemain Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae semasa perlawanan akhir beregu lelaki kejohanan badminton Terbuka Jepun di Arena Yokohama. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua di Terbuka Jepun, sebentar tadi.

Berehat panjang ketika Sukan Olimpik Paris 2024 bermula, pasangan nombor 13 dunia itu berada dalam tahap menyakinkan apabila menyingkirkan wakil tuan rumah, Kazuki Shibata-Naoki Yamada 21-13, 21-13 dalam tempoh 39 minit.

Pada aksi yang berlangsung di Arena Yokohama itu, Sze Fei-Nur Izzuddin hadir dengan yakin di gelanggang apabila mengutip mata demi matia dengan selesa untuk memenangi set pertama.

Set kedua, wakil tuan rumah kelihatan cuba untuk bangkit namun pasangan negara kelihatan menyajikan tentangan sengit dan gagal untuk mengheret ke set penentuan.

Pusingan kedua menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin akan menentang pasangan profesional negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong atau wakil Taiwan Liu Kuang Heng-Yang Po Han. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN