KUALA NERUS: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menyerahkan kepada pihak pengurusan sama ada mahu mengekalkannya untuk terus membimbing pasukan itu atau sebaliknya. Bagaikan menyedari desakan segelintir peminat TFC, Steinbruckner mengakui dia harus bersikap profesional jika khidmatnya tidak lagi diperlukan untuk mengharungi baki musim ini. Namun, Steinbruckner juga masih optimis dia individu yang tepat untuk melatih TFC yang kurang bernasib baik selepas beraksi tanpa penyerang utamanya, Ivan Mamut, dalam 14 perlawanan setakat ini. Justeru itu kehadiran penggempur baharu, Nelson Bonnila di jentera serangan katanya diharap dapat mengubah nasib TFC dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya