Simpan dadah dalam rumah kedai sebelum edar ke luar negara

Simpan dadah dalam rumah kedai sebelum edar ke luar negara

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Taktik seorang warganegara asing menjadikan sebuah rumah kedai di kawasan Ampang sebagai stor penyimpanan dadah terbongkar selepas ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman kelmarin.

Penahanan suspek dilakukan selepas satu serbuan dilakukan hasil kerjasama dan maklumat bersama pihak Polis Persekutuan Australia (AFP) pada pukul 12.30 tengah hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, hasil pemeriksaan di kediaman itu turut menemukan sejumlah dadah jenis methamphetamine seberat 25.65 kg (kilogram) selain heroin 717 gram (g) dan botol cecair kimia 9,000 mililiter (ml) dianggarkan bernilai RM883,093.

Kata beliau, semakan lanjut suspek berkenaan didapati positif dadah jenis methamphetamine namun tiada rekod jenayah lampau.

“Sindiket ini dipercaya aktif sejak awal tahun ini dengan menggunakan modus operandi menyimpan dadah di rumah kedai sebelum diedarkan untuk pasaran luar negara menggunakan perkhidmatan kurier.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, JSJN akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan rangkaian sindiket yang masih bebas untuk diheret ke muka pengadilan.

“Dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 180,000 penagih dadah,” jelasnya.

Justeru, beliau meminta masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui hotline JSJN di talian 012-2087222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya