PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terus menghidupkan peluang pingat emas negara di Olimpik Paris selepas mara ke separuh akhir keirin lelaki, sebentar tadi. Pada aksi yang mendebarkan itu, pelumba berusia 28 tahun itu menduduki tempat ketiga pada saringan pertama suku akhir. Jack Carlin dari Britain mengungguli pada saringan terbabit manakala pelumba Australia, Matthew Glaetzer menamatkan saingan pada tempat kedua. Menurut format kejohanan, hanya empat pelumba teratas setiap saringan suku akhir menempah tiket ke separuh akhir. Perlumbaan separuh akhir dijadualkan berlangsung pada pukul 6.30 petang ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya