PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi harapan terakhir negara dalam membutir pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024. Pelumba berusia 28 tahun itu akan beraksi dalam aksi suku akhir keirin lelaki sebagai wakil tunggal Malaysia pada hari terakhir temasya, hari ini. Malaysia dilanda sejarah hitam, apabila sandaran pingat emas negara, Datuk Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaannya seawal pusingan pertama. Beliau terpaksa menelan pahit apabila didapati memotong ‘pacer’ dengan lebih awal sebelum meninggalkan trek pada saringan pertama. Penyingkiran Azizulhasni menyaksikan Shah Firdaus akan menggalas tanggungjawab besar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya