PARIS: Sumbangan dua gol daripada pemain Barcelona, Fermin Lopez memastikan kemenangan 3-0 Sepanyol ke atas Jepun untuk menempah tiket ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan Olimpik Paris, sebentar tadi. Anggota skuad Euro 2024 itu meledak gol pembukaan menerusi rembatan kencang jarak jauh pada minit ke-11 di Stadium Lyon. Pemain berusia 21 tahun itu kemudian sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan sudut Sergio Gomez pada minit ke-72. Kaptennya, Abel Ruiz melengkapkan kemenangan Sepanyol selepas benteng pertahanan Jepun gagal menangani satu lagi sepakan sudut Gomez. Sepanyol bakal bertemu Maghribi pada aksi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya