KUALA LUMPUR: Champions Golf mengambil langkah berani untuk menjadikan sukan golf lebih inklusif di Malaysia dengan mengubah kelab-kelab golf persendirian menjadi padang golf awam.
Misi ini bertujuan menjadikan sukan golf boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat, termasuk golongan kurang berkemampuan, wanita, warga emas, dan golongan muda.
Senibong Golf Club yang terletak di Iskandar Puteri, dahulunya dikenali sebagai Poresia Golf Club, kini menjadi padang golf awam terdekat dengan Singapura.
Bermula awal tahun ini, seluruh kelab dan padang golf tersebut dibuka kepada orang ramai, ia menandakan perubahan ketara dari imej eksklusif kepada suasana yang lebih mesra dan terbuka.
“Misi kami jelas, iaitu untuk mendemokrasikan sukan golf dengan menjadikannya boleh diakses oleh semua,tanpa mengira latar belakang atau tahap kemahiran,” Pengarah Urusan Champions Golf, Matthew A Murray.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, syarikat ini merancang untuk membantu padang-padang golf di seluruh Malaysia membuka kemudahan mereka kepada orang awam.
Kini, Champions Golf mengurus sepenuhnya Senibong Golf Club dan juga Permas Jaya Golf Club secara bersama.
Rancangan masa depan termasuk membina pusatlatihan golf air awam di Johor Bahru dan meneroka peluang dengan padang golflain diJohor yang mungkin ditawarkan untuk pengurusan, pajakan, atau penutupan.
Padang golf awam seperti Senibong Golf Club menawarkan pelbagai kelebihan,termasuk akses mudah tanpa keperluan handicap, waktu tee yang fleksibel, harga yang berpatutan, serta pangkalan pelanggan yang lebih pelbagai.
Walaupun padang golf awam mungkin tidak menawarkan privasi dan eksklusiviti seperti kelab persendirian, Champions Golf percaya bahawa manfaat aksesibiliti jauh mengatasi cabaran ini.
Champions Golf dan pengasasnya mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam mengubah kelab golf persendirian menjadi kemudahan awam,termasuk projek-projek berjaya seperti Whaleback Public Golf Course di Australia (1981), Champions 9 Holes di Singapura (2013), dan Permas Jaya Golf Club di Malaysia (2015).-UTUSAN