Selangor sasar mara ke peringkat kalah mati

Selangor sasar mara ke peringkat kalah mati

SELANGOR FC Sedia menghadapi cabaran di ACL2-IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Super musim lalu, Selangor FC bakal mengharungi saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bersama gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC.

Jeonbuk Hyundai Motors disifatkan sebagai pencabar terkuat Selangor dalam Kumpulan H dengan juara sembilan kali Liga 1 Korea itu juga pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara Asia (ACL) dua kali pada 2006 dan 2016.

Selain Jeonbuk Hyundai Motors, Selangor juga bakal berdepan wakil Thailand, Muangthong United dan kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu yang turut diundi dalam kumpulan sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata pihaknya bersyukur dengan keputusan undian sambil menganggap semua pasukan dalam ACL2 miliki kualiti dan setiap pasukan ada kekuatan tersendiri.

Katanya, Gergasi Merah akan cuba memberikan saingan terbaik dan mara ke sejauh mungkin dalam saingan ACL2 yang kali pertama diperkenalkan tahun ini.

Johan juga meletakkan sasaran paling realistik buat Selangor di pentas ACL2 adalah untuk melepasi saingan peringkat kumpulan terlebih dahulu.

“Ini kali pertama buat kami dan kejohanan ini pun baru (diperkenalkan), kita tiada rekod sebelum ini. Kalau boleh melepasi peringkat kumpulan, kami sangat bersyukur.

“Pemain dan jurulatih pun tahu mereka ada tanggungjawab besar untuk bawa nama Selangor. Bagi kami, secara realistiknya jika berjaya melepasi peringkat kumpulan, ia satu pencapaian yang bagus.

“Selepas melepasi peringkat kumpulan sudah pasti kami nak pergi sejauh mungkin,” katanya kepada media selepas proses undian, di sini, semalam.

Saingan peringkat kumpulan ACL2 akan bermula 17 September dengan ia membabitkan 32 pasukan dan lapan kumpulan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya