Selangor bawa pulang tiga mata dari Likas

Selangor bawa pulang tiga mata dari Likas

Ronnie Fernandez meraikan jaringan buat Selangor FC ketika menentang Sabah FC di Stadium Likas, malam tadi.-IHSAN SFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC berjaya membawa pulang tiga mata berharga dari Stadium Likas selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Sabah dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri, The Rhinos terlebih dahulu di depan menerusi jaringan sendiri kapten Selangor Safuwan Baharudin pada minit ke-27.

Namun Red Giants hanya memerlukan masa lima minit untuk menyamakan kedudukan hasil rembatan penyerangnya Ronnie Fernandez.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga berakhir babak pertama walaupun kedua-dua pasukan saling mencipta peluang namun gagal menyudahkannya dalam bentuk jaringan.

Ketika perlawanan berbaki empat minit sebelum tamat, Harith Haiqal berjaya mencetak nama sebagai penjaring sekali gus menghadiahkan kemenangan keenam buat Selangor FC selepas mengharungi sembilan perlawanan Liga Super musim 2024/25.

Keputusan itu menyaksikan Selangor mengumpul 19 mata dan perbezaan tiga mata dengan pendahulu semasa, Johor Darul Ta’zim (JDT).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya