Se-young dakwa diabai persatuan badminton Korea Selatan

Se-young dakwa diabai persatuan badminton Korea Selatan

An Se-young meraikan kejayaan menang pingat emas dalam acara badminton perseorangan wanita di Olimpik Paris.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kementerian Sukan Korea Selatan berkata satu siasatan akan dibuat berhubung dakwaan yang dibuat oleh juara Olimpik Paris, An Se-young apabila memberitahu dia diabaikan oleh persatuan badminton kebangsaan ketika mengalami kecederaan.

Pemain No. 1 dunia, Se-young menang emas dalam acara badminton perseorangan wanita selepas menewaskan He Bingjiao dari China, 21-13, 21-16.

Bagaimanapun, selepas memenangi pingat emas tersebut, pemain berusia 22 tahun itu mengejutkan peminatnya di Korea Selatan.

“Saya fikir mungkin sukar untuk meneruskan dengan pasukan kebangsaan selepas ini,” katanya.

Se-young mendakwa Persatuan Badminton Korea tidak memberi sokongan secukupnya semasa dia mengalami kecederaan lutut pada tahun lalu malah mengakui terpaksa bertanding dalam kesakitan.

“Saya sangat kecewa dengan (persatuan) semasa mengalami kecederaan. Saya tidak boleh melupakannya,” kata Se-yeong tanpa memberi butiran lanjut.

Kementerian sukan dalam satu kenyataan akan melakukan siasatan bagi mengetahui punca sebenar sebaik sahaja Olimpik Paris tamat dan meneliti keperluan penambahbaikan yang sesuai untuk dilakukan.

Dalam satu temubual berasingan dengan media tempatan, Se-young memberitahu persatuannya itu telah menetapkan bahawa dia tidak dibenarkan bertanding bagi kejohanan tertentu tanpa memberikan sebarang penjelasan.

Dia turut berkata sistem latihan lapuk dan sudah tidak selamat untuk atlet malah mendakwa persatuan gagal melatih pemain daripada mengelak berdepan kecederaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN