Sarawak sedia beri RM300 juta, anjur Sukan SEA 2027

Sarawak sedia beri RM300 juta, anjur Sukan SEA 2027

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia yang bersetuju untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 yang dianggarkan akan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM700 juta.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kos terbabit akan dibantu oleh tiga negeri iaitu Sabah, Pulau Pinang dan Sarawak yang mana menyumbang lebih RM300 juta daripada peruntukan terbabit.

“Selepas diberi peringatan hanya tiga negeri sahaja yang menjawab untuk menanggung komitmen bersama. Ada yang menjawab tetapi mereka belum bersedia dengan peruntukan itu.

“Selain Sarawak memberi 50 peratus dari peruntukan, Sabah menyumbang kira-kira RM100 juta manakala Pulau Pinang RM15 juta,” katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar sesi libat urus Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama penggiat industri sukan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Kelmarin, Malaysia bersetuju menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.

Sementara itu, Hannah menambah Jemaah Menteri bersetuju menganjurkan Sukan SEA 2027 berikutan kerjasama tiga negeri ini menyumbang dana peruntukan.

Menurutnya, kerajaan persekutuan tidak perlu menanggung kos perbelanjaan terlalu banyak susulan sumbangan dari tiga kerajaan negeri ini.

“Kabinet bersetuju dengan konsep ini (kerjasama). Kita lihat anjuran SUKMA 2024 berjaya. Melalui penganjuran bersama ini kita dapat dilaksanakan dengan baik yang mana ada penjimatan dan tanggungjawab bersama itu wujud.

“Jadi tidak wujud kenapa kita (kerajaan) tiada wang untuk perkara lain tetapi ada untuk Sukan SEA. Ini kerana empat entiti yang tolong menjayakan temasya ini,” ujar Hannah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya