MARSEILLE: Penjaga gol Argentina, Geronimo Rulli yang memenangi Piala Dunia 2022 telah menyertai Marseille, kata kelab Perancis itu. Rulli merupakan pemain simpanan tidak diturunkan oleh Argentina ketika menjuarai Piala Dunia 2022 dan Copa America pada bulan lalu. Pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan Ajax malah pernah beraksi bersama Villarreal, Real Sociedad dan Montpellier. “Saya sangat gembira dapat menyertai kelab besar seperti Marseille,” kata Rulli. Bagaimanapun tempoh dan nilai kontrak Rulli tidak didedahkan oleh pengurus Marseille, Roberto De Zerbi. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya