Perusuh rancang 100 rusuhan di UK - Utusan Malaysia

Perusuh rancang 100 rusuhan di UK

ORANG RAMAI berkumpul secara aman di seluruh UK sebagai tindak balas terhadap pihak perkauman. yang cuba mencetuskan kekacauan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rusuhan kaum di United Kingdom (UK) masih belum reda walaupun ribuan rak­yat negara mengadakan demonstrasi secara aman di seluruh negara bagi membantah tindakan kumpulan haluan kanan menyebarkan kebencian sejak minggu lalu.

SkyNews melaporkan, kumpulan perusuh merancang untuk mengadakan lebih 100 rusuhan di beberapa bandar utama di seluruh UK termasuk di London.

Tindakan itu menyebabkan umat Islam di negara itu ketakutan kerana bimbang diserang oleh perusuh yang menyasarkan masjid dan pusat komuniti serta perniagaan yang dimiliki umat Islam, menurut BBC.

Bagaimanapun usaha itu dilihat hampir tidak berjaya setelah ribuan rakyat berkumpul di beberapa bandar utama sebagai solidariti dan membantah terhadap tindakan kumpulan haluan kanan menyebarkan kebencian sehingga berlaku rusuhan.

BBC melaporkan, lebih 100 demonstrasi aman telah diadakan di seluruh England sehingga memaksa lebih 6,000 anggota polis dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Mereka berkumpul secara aman sambil membawa sepanduk ‘tolak perkauman’ dan ‘tolak fasisme’ susulan tindakan keterlaluan kumpulan haluan kanan yang mencetuskan perkauman dan Islamophobia hingga menyerang masjid dan mengancam kehidupan umat Islam di UK.

Lapor The Guardian, ribuan rakyat di beberapa bandar utama termasuk London untuk menzahirkan solidariti dan menolak budaya keganasan sesetengah pihak sejak minggu lalu.

Rusuhan di beberapa bandar Britain yang berlaku sejak minggu lalu sehingga mencederakan polis dan kerosakan harta benda awam disifatkan paling besar sejak 13 tahun kerana berpunca daripada kejadian pembunuhan tiga gadis di barat laut England, hujung Julai lalu.

Suspek, Axel Rudakubana berusia 17 tahun kononnya dituduh dalam media sosial seorang imigran sebaliknya dia disahkan telah dilahirkan di negara itu.

Perdana Menteri UK, Keir Starmer dalam maklum balas segera menegaskan tiada tolak terhadap pihak mencetuskan kekecauan dan mereka akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sehingga kini, lebih 400 orang ditahan manakala 140 didakwa atas tuduhan merusuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN