PETALING JAYA: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri menamatkan cabaran dalam final 3 meter (m) papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Paris di tangga tercorot, hari ini. Atlet berusia 25 tahun itu mengumpul 244.80 mata selepas melakukan tujuh terjunan di Pusat Akuatik Paris. Pingat emas dimenangi atlet China, Chen Yiwen selepas mengumpul 376 mata manakala perak menjadi milik Maddison Keeney dari Australia (343.10). Rakan senegara Yiwen, Chang Yani memenangi pingat gangsa dengan 318.75 mata. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya