Perjalanan Hon Jian-Muhammad Haikal akhirnya terhenti

Perjalanan Hon Jian-Muhammad Haikal akhirnya terhenti

CHOONG Hon Jia (kiri) dan Muhammad Haikal Nazri tewas kepada gandingan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk pada aksi pusingan pertama Terbuka China 2024, hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan menumpaskan Juara Terbuka Jepun pada aksi pusingan pertama Terbuka Korea Selatan tidak bertahan lama apabila beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri tersingkir di pusingan kedua, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo itu, beregu No.19 dunia berkenaan terpaksa berpuas hati tewas kepada pasangan tuan rumah, Choi Sol Gyu-Heo Kwang Hee, 21-18, 12-21, 21-17.

Biarpun tewas pada set pertama, Hon Jian-Muhammad Haikal membuktikan kehebatan mereka untuk menewaskan pasangan No.106 dunia itu pada set kedua.

Namun, aura sebagai tuan rumah meresapi Sol Gyu-Kwang Hee untuk menewaskan beregu negara pada pertemuan rubber set 21-17.

Turut tersingkir beregu lelaki profesional negara, Boon Xin Yuan-Goh V Shem ternyata sukar menandingi kehebatan pilihan utama yang juga pemain tuan rumah, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae selepas akur dengan kekalahan 13-21, 11-21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya