Perdana Menteri terima permohonan maaf Meta

Perdana Menteri terima permohonan maaf Meta

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima permohonan maaf daripada Meta Platforms Inc (Meta) berhubung isu penurunan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Fahmi berkata, kerajaan juga mahu supaya isu sama tidak berulang pada masa hadapan.

“Saya ada berhubung dengan Perdana Menteri hari ini dan beliau sendiri ada mengambil maklum mengenai permintaan maaf daripada Meta itu.

“Malah, Perdana Menteri memaklumkan sahabat-sahabat beliau termasuk di Timur Tengah sudah membaca berita tersebut dan ia (permohonan maaf Meta) bermaksud sudah sampai ke seantero dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pada pertemuan dengan wakil Meta semalam, beliau juga meminta Meta berhubung terus dengan Pejabat Perdana Menteri untuk memberi maklumat terkini mengenai sebarang garis panduan hantaran sekiranya berubah.

“Kami dimaklumkan garis panduan bagi Meta khususnya mengenai isu geopolitik akan berubah dari semasa ke semasa, kadang kala dimaklumkan dan kadang kala tidak dimaklumkan.

“Sebagai contoh pada satu ketika, perkataan syahid juga tidak dibenarkan dalam Meta tetapi kami dimaklumkan akibat usaha yang dipelopori pasukan yang kami jumpa semalam, perkataan-perkataan seperti syahid tidak lagi menjadi isu,” katanya.

Selain itu, katanya, beliau juga meminta supaya Meta memastikan Perdana Menteri diberikan taraf serupa dengan ketua kerajaan lain di seluruh dunia.

“Maka, beliau (Perdana Menteri) patut diberi layanan yang sama, jangan ada setengah negara diperlakukan sedemikian rupa dan jangan ada sikap berat sebelah,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan berpuas hati dengan penjelasan Meta, Fahmi berkata, beliau difahamkan, Meta mempunyai satu badan bebas yang akan meneliti apa-apa aduan atau rayuan yang dibuat terhadap mana-mana kandungan diturunkan.

“Jadi label tersebut telah disarankan oleh badan bebas tersebut, bukan oleh Meta sendiri, ini telah dimaklumkan kepada saya dan saya berpandangan kalau itu cara mereka, itu cara merekalah,” katanya.

Jelasnya lagi, versi kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial akan diperkenalkan akhir tahun ini atau awal tahun depan dan dokumen itu (dokumen yang sentiasa dikemaskini) dan boleh berubah dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya