Penyertaan Azizulhasni dibatalkan

Penyertaan Azizulhasni dibatalkan

PELUMBA trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang (baju hitam) dibatalkan penyertaannya selepas didapati memotong derny terlalu awal dalam saringan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik terkubur apabila penyertaan jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang disingkirkan dalam saringan pertama acara keirin lelaki, sebentar tadi. Semuanya berpunca apabila Azizulhasni didapati memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek sekali gus menyebabkan perlumbaan dibatalkan dan penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu disingkirkan. Perlumbaan dimulakan semula dengan menyaksikannya dimenangi oleh pelumba Australia Matthew Glaetzer manakala tempat kedua menjadi milik Jeffrey Hoogland dari Belanda yang berlangsung di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines. – UTUSAN

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN