PERANCIS: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov berdepan tuduhan awal di Mahkamah Perancis kerana membenarkan aktiviti jenayah di aplikasi mesej.
Pihak berkuasa mendakwa Telegram menjadi platform jenayah seksual kanak-kanak, pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.
Hakim Perancis juga memutuskan Durov dilarang keluar dari Perancis sementara menunggu siasatan dan perlu membayar jaminan €5 juta atau RM24 juta.
Selain itu, dia perlu melaporkan diri di balai polis sebanyak dua kali dalam seminggu.
Sebelum ini, Durov, 39, ditangkap oleh polis Perancis di sebuah lapangan terbang utara Paris.
Durov ditahan selepas jet peribadinya mendarat di Lapangan Terbang Le Bourget, lapor media Perancis.-AGENSI