‘Pencapaian Olimpik tak wajar diukur dengan pingat’

‘Pencapaian Olimpik tak wajar diukur dengan pingat’

SETIAUSAHA Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Nazifuddin Najib.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencapaian Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 mungkin dilihat kurang memberangsangkan daripada segi pungutan pingat namun ia tidak wajar dijadikan faktor kegagalan kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib menegaskan bahawa menilai prestasi negara hanya melalui jumlah pingat adalah tidak adil.

Katanya, jika pencapaian Olimpik diukur hanya dengan pungutan pingat, ia adalah tidak adil sebaliknya harus memikirkan bagaimana merapatkan jurang dengan negara seperti Indonesia dan Filipina serta merancang secara strategik untuk keluar daripada pemikiran yang meletakkan harapan kepada badminton semata-mata.

“Malaysia perlu bergerak seiring dengan perubahan sukan yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

“Sukan-sukan seperti skuasy, breaking, dan speed climbing yang kini diperkenalkan di pentas Olimpik perlu diteroka bagi meningkatkan peluang negara meraih pingat emas pada masa hadapan.

“Malaysia tidak boleh hanya bergantung kepada sukan tradisional seperti badminton dan berbasikal trek.

“Kita perlu memanfaatkan peluang dalam sukan baru ini yang mungkin membuka jalan untuk kita menambah bilangan pingat di temasya akan datang,” kata Nazifuddin.

Jelasnya, pendekatan tersebut adalah penting bagi memastikan sukan negara terus relevan di peringkat antarabangsa dan mampu bersaing dengan negara-negara jiran yang semakin mengukuhkan kedudukan mereka dalam pelbagai sukan.

“Sekiranya kita mahu berada satu langkah di hadapan, kita harus memikirkan cara orang berfikiran ke hadapan, dan belajar dari negara-negara jiran yang sudah menunjukkan peningkatan,” jelasnya

Dalam masa yang sama, MOM dan persatuan sukan kebangsaan diingatkan untuk merangka strategi yang lebih holistik dan kreatif bagi mempersiapkan atlet-atlet muda untuk menghadapi cabaran di peringkat tertinggi.

Kontinjen negara menutup tirai Sukan Olimpik Paris 2024 dengan hanya meraih dua pingat gangsa melalui acara badminton.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya