Penamat manis buat Stephanie

Penamat manis buat Stephanie

AKSI Stephanie Ngu Chai Ern dalam kategori Jianshu wanita di Sukma Sarawak 2024. – IHSAN FB SUKMA SARAWAK 2024
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Atlet wushu Sarawak, Stephanie Ngu Chai Ern memastikan penampilan terakhirnya di pentas Sukan Malaysia (Sukma) berakhir dengan ‘kenangan indah’ selepas meraih emas ketiga di temasya dwitahunan edisi ke-21 itu.

Stephanie menutup acara terakhirnya dalam sukan wushu di Dewan Wushu SSC, dengan meraih emas ketiga menerusi qiangshu wanita.

Dua emas sebelum ini dimenangi atlet berusia 20 tahun itu dalam acara changquan dan kemudiannya menambah koleksi emas menerusi jianshu.

“Ini penampilan terakhir saya di Sukma sekaligus mahu lakukan terbaik untuk kontinjen Sarawak. Sebenarnya tidak percaya mampu menghadiahkan tiga emas untuk Sarawak.

“Saya harap atlet muda Sarawak yang lain jadikan kejayaan ini sebagai peniup semangat untuk meraih kejayaan di Sukma,”katanya.

Sukma kali ini adalah penampilan keempat Stephanie selepas meraih dua pingat gangsa pada edisi 2016, serta masing-masing satu perak dan satu gangsa pada 2018 dan 2022.

Ketika ditanya mengenai perjalanan seterusnya selepas berakhir Sukma, Stephanie mahu memburu kejayaan di peringkat lebih tinggi.

“Setakat ini, tiada lagi perancangan sebaik tamat Sukma cuma akan teruskan latihan seperti biasa untuk penyertaan di peringkat lebih tinggi kelak,” katanya.

Kejayaan itu menyaksikan Stephanie setakat ini memegang takhta sebagai atlet meraih kutipan emas paling banyak pada edisi kali ini.

Wushu, sukan yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan menawarkan keseluruhan 28 pingat emas sepanjang tiga hari pertandingan yang berakhir semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya