Peminat mahu tengok ‘Mickey’ beraksi

Peminat mahu tengok ‘Mickey’ beraksi

FAISAL Halim (dua dari kiri) ketika berada di bangku simpanan ketika aksi separuh akhir Piala FA menentang Terengganu, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC akan melayan kunjungan Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang ini dengan semangat dan motivasi yang cukup tinggi.

Ketua jurulatihnya, Nidzam Jamil berkata, kejayaan mara ke Final Piala FA selepas menumpaskan Terengganu FC secara agregat 6-4 memberikan tonik istimewa kepada pemainnya untuk aksi Liga Super hari ini.

Katanya, momentum kemenangan 4-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala FA ke atas Terengganu perlu diteruskan dan pemain juga sedar mereka perlu mengutip tiga mata untuk mengukuhkan kedudukan dalam liga.

FAISAL HALIM

“Kita mahu teruskan momentum kemenangan ketika berdepan Kelantan kerana kita mahu kukuhkan kedudukan pasukan alam carta Liga Super dan terus berada di kelompok teratas. Pemain juga sedar apa yang perlu mereka lakukan.

“Kita tidak mahu jarak dengan pendahulu (Johor Darul Ta’zim) terlalu jauh. Kita bermain di laman sendiri kali ini, tentunya kita turun dengan semangat luar biasa diiringi kehadiran penyokong setia di Stadium MBPJ.

“Pemain juga bebas daripada sebarang kecederaan kecuali Mukhairi (Ajmal) selain Noor Al-Rawabdeh yang jalani pembedahan atas kening tetapi untuk beraksi esok, dia (Noor) mungkin 50-50 untuk diturunkan ” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketika ini, Selangor berada di kedudukan kedua carta Liga Super dengan 13 mata selepas tujuh perlawanan, dibelakang juara bertahan JDT yang berjaya mengutip 19 mata dan masih kekal dengan rekod tanpa tewas.

Ditanya sama ada Faisal Halim akan diturunkan dalam kesebelasan utama The Red Giants, Nidzam berkata, bintang Selangor FC itu akan berada dalam senarai 20 pemain menentang Kelantan.

“Faisal akan ada dalam senarai 20 pemain dan bukannya dalam kesebelasan utama. Kita akan tengok kondisi perlawanan, jika berjalan lancar, kita tengok kesesuaian untuk dia bermain tetapi saya tidak janjikan apa-apa.

“Kita tidak mahu ada perkara-perkara kecil yang boleh merencatkan proses dia untuk sembuh, dalam latihan dia berikan segalanya dan dia sudah kembali ke tahap kecergasan terbaik. Mungkin 10 atau 15 minit terakhir, kita akan nilai,” katanya.

Dalam aksi Selangor menentang Terengganu dalam separuh akhir kedua Piala FA, Faisal yang sebelum ini menjalani proses rawatan panjang akibat simbahan asid buat kali pertama berada dalam senarai pemain simpanan Gergasi Merah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya