Pemain amatur berentap dengan profesional sempena JGE2024

Pemain amatur berentap dengan profesional sempena JGE2024

LUKMAN Abu Bakar (enam dari kiri) bersama pemain golf amatur menunjukkan logo JGE2024 selepas majlis pelancaran di Pejabat KPRJ di Iskandar Puteri.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Lebih 600 pemain golf amatur berpeluang bersaing dengan pemain profesional dalam Kejohanan golf sempena ‘Johor Golf Expo 2024’ (JGE2024) yang akan berlangsung di Senibong Golf Club, dekat ini bermula 8 hingga 27 Oktober ini.

Pengarah Urusan Champions Golf, Matthew A. Murry berkata, kejohanan yang menyasarkan pemain tempatan dan antarabangsa itu turut menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM14,000 bagi pemain amatur, manakala RM40,000 untuk pemain profesional.

“Penekanan kita untuk menjadikan sukan golf mudah diakses oleh semua dengan misi Champions Golf menjurus kepada mendemokrasikan sukan ini dan transformasi Kelab Golf Senibong menjadi kemudahan awam adalah manifestasi kami dan JGE2024 merupakan langkah penting ke arah mencapai matlamat ini.

“Champions Golf komited terhadap mengembangkan industri golf di Johor mahupun di seluruh Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran JGE2024 di pejabat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Menerusi sokongan KPRJ, syarikat itu berhasrat untuk menarik pemain antarabangsa, meningkatkan tahap persaingan dan memperluaskan daya tarikan kejohanan dalam expo berkenana.

Selain kejohanan golf, ekspo dengan kerjasama KPRJ Sports Sdn. Bhd., itu juga menyediakan pelbagai aktiviti sepanjang dua bulan JGE2024 berlangsung bagi meningkatkan lagi Johor sebagai destinasi terkemuka sukan tersebut.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kehadiran para pemain golf dari seluruh Asia dan Timur Tengah untuk mencuba kehebatan bermain padang golf di Johor, sebuah negara yang kaya budaya dan hospitaliti,” katanya

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ,, Datuk Lukman Abu Bakar berkata, kerjasama itu juga adalah salah satu usaha ke arah meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi Johor.

“KPRJ komited untuk memajukan pembangunan sukan di Johor dengan mempromosikan golf sebagai satu gaya hidup. Kerjasama dengan Champions Golf bukan sahaja bertujuan untuk mengangkat martabat sukan ini, malah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pelancongan di negeri ini,” katanya

JGE2024 komited untuk meningkatkan kesedaran tentang sukan golf sambil turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Johor dengan lebih 70 pempamer, termasuk perniagaan tempatan akan mempamerkan inovasi terkini dalam produk golf, sukan dan rekreasi.

Turut dianjurkan pertandingan memancing, berjalan kaki, berbasikal, footgolf dan festival muzik bagi mewujudkan suasana inklusif yang menarik minat semua pihak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya