Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Korea Selatan

Pearly-Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Korea Selatan

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah bangkit mengatasi gandingan Taiwan, Nicole Chan-Lin Chih Chun untuk mara ke suku akhir Terbuka Korea Selatan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah bangkit dari ketinggalan set pertama menewaskan Nicole Chan-Lin Chih Chun dari Taiwan untuk menempah tiket ke suku akhir Terbuka Korea Selatan 2024, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo itu, Pearly-Thinaah kelihatan goyah apabila tewas kepada beregu ‘kerdil’ itu 21-23 pada set pertama.

Enggan mengaku kalah, beregu No.9 dunia itu kemudian membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri menewaskan lawan mereka 21-12 pada set kedua untuk mengheret permainan ke set ketiga.

Set penentuan menyaksikan Pearly-Thinaah tidak henti memberi serangan pukulan kepada beregu No.58 dunia itu untuk melengkapkan kemenangan 21-12.

Pearly-Thinaah seterusnya akan membuat perhitungan sama ada wakil dari China yang juga pilihan ketujuh, Keng Shi Liang-Zhang Shu Xian atau Teng Chun Hsun-Yang Chu Yun dari Taiwan, pada aksi suku akhir esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya