Pearly-Thinaah mara ke final, kejutkan beregu No. 2 dunia

Pearly-Thinaah mara ke final, kejutkan beregu No. 2 dunia

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan kemaraan selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Baek Ha Na-Lee Soo 21-18, 21-13 pada aksi separuh akhir Terbuka Korea Selatan 2024, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan aksi bertenaga selepas mengejutkan gandingan No. 2 dunia, Baek Ha Na-Lee Soo Hee pada aksi separuh terakhir Terbuka Korea Selatan, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo itu, Pearly-Thinaah berhasil menewaskan pilihan utama terbabit menerusi kemenangan straight set 21-18, 21-13 dalam tempoh 43 minit.

Kemenangan manis itu menyaksikan mereka mengatasi kekecewaan selepas terkandas pada aksi suku akhir Terbuka Jepun, minggu lalu.

Gandingan No.9 dunia itu seterusnya akan meneruskan cabaran terakhir bertemu pasangan tuan rumah, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong pada aksi final esok.

Pasangan pilihan keenam itu mara ke pentas akhir selepas menewaskan rakan senegara, Lee Yu Lim-Shin Seung Chan, 21-14, 21-11.

Terdahulu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mara ke pentas akhir selepas menewaskan beregu China, Cheng Xing-Zhang Chi menerusi kemenangan straight set 22-20, 21-19 dalam tempoh 50 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya