PETALING JAYA: Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M.Thinaah ‘bermandi peluh’ sebelum mara ke separuh akhir Terbuka Korea 2024, sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Mokpo itu, Pearly-Thinaah menewaskan gandingan dari Taiwan, Teng Chun Hsun-Yang Chu Yun 21-19, 21-15.
Gandingan No.9 dunia itu kembali mempamerkan permainan mengagumkan selepas tersingkir pada aksi suku akhir di Terbuka Jepun, minggu lalu.
Aksi separuh akhir esok menyaksikan Pearly-Thinaah bakal bertemu beregu No.2 dunia yang juga wakil tuan rumah, Baek Ha Na-Lee So Hee.
Turut mara di separuh akhir, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selepas menewaskan gandingan profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-18, 21-11 dalam tempoh 34 minit. – UTUSAN.