PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah terus mencipta kejutan di pentas Olimpik Paris 2024 apabila mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim So-Yeong-Kong Hee-Yong di pusingan suku akhir sebentar tadi.
Aksi yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena menyaksikan pasangan negara yang berada di ranking ke-12 dunia tidak berdepan masalah menjinakkan lawannya yang berada di ranking ke-10 dunia dengan keputusan straight set 21-12,21-13.
Keputusan itu menyaksikan Pearly dan Thinaah akan bertemu pasangan China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pentas separuh akhir esok.-UTUSAN