SENAI – Paul San memenangi gelaran Jelajah Toyota keduanya musim ini selepas menjulang Piala Supra di Palm Resort & Country Club, Senai, Johor hari ini. Pemain kelahiran Miri itu merekodkan 70 pukulan, dua bawah par, menewaskan pencabar terdekatnya Kim Leun Kwang dengan kelebihan dua pukulan setelah mengumpul skor terkumpul sembilan bawah par 207 untuk tiga hari kejohanan. Paul dan Leun Kwang masing-masing memulakan saingan pusingan terakhir hari ini terikat di tangga teratas pada tujuh bawah par, namun Paul tampil lebih cemerlang dengan mencatat empat birdie dan dua bogey. Tiga birdie…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya