Padang SNBJ tahap terbaik, penonton mula masuk stadium

Padang SNBJ tahap terbaik, penonton mula masuk stadium

STADIUM Nasional Bukit Jalil bakal lopong selepas jualan tiket Pestabola Merdeka 2024 tidak mendapat sambutan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilihat cukup baik menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC malam ini.

Cuaca juga dilihat seolah-olah memberi lampu ‘hijau’ kepada aksi tersebut dengan penonton-penonton JDT dan Selangor sudah mula memasuki stadium.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) meramalkan cuaca baik pada sebelah malam dan ia akan memberi khabar baik buat kedua-dua pasukan untuk beraksi di padang yang berada pada tahap terbaik.

Sebelum ini, padang Bukit Jalil sering ‘terjejas’ apabila berlaku hujan lebat.

Pada aksi Pestabola Merdeka Oktober tahun lalu, permukaan padang yang baru dinaiktaraf menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia dilihat masih ‘mentah’ apabila rosak hingga mengundang kritikan banyak pihak.

Situasi sama sekali lagi berlaku selepas konsert Ed Sheeran pada Februari lalu apabila padang Stadium Nasional sekali lagi berada di tahap kurang memuaskan ketika Malaysia menjadi tuan rumah bertemu Oman pada kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Mac lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya