PARIS: Jaguh Denmark, Viktor Axelsen memastikan pingat emas Olimpik terus menjadi miliknya selepas mendominasi perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki, sebentar tadi.
Pada aksi di Porte de la Chapelle Arena, Axelsen tidak berdepan masalah menjinakkan pemain No.8 dunia dari Thailand Kunlavut Vitidsarn dengan keputusan straight set 21-11, 21-11 dalam tempoh 52 minit.
Kemenangan pemain berusia 30 tahun itu, mengulangi pencapaian yang dikecapinya ketika kali pertama menang pingat emas Olimpik di Tokyo 2020, Jepun, selain mengulangi kejayaan jaguh China Lin Dan yang memenangi emas di Bejing 2008 dan London 2012.
Terdahulu, Axelsen memenangi pingat pertama Olimpik ketika temasya sukan terbesar dunia itu berlangsung di Rio 2016 dengan meraih gangsa.
Kemudiannya, pemain No.2 dunia itu menukar warna pingat berkenaan kepada emas di Olimpik Tokyo 2020.-AGENSI