Norza lepas jawatan sebagai Presiden BAM

Norza lepas jawatan sebagai Presiden BAM

MOHAMAD NORZA ZAKARIA tidak lagi memegang jawatan dalam BAM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamad Norza Zakaria melepaskan jawatannya selaku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuatkuasa, hari ini.

Kekosongan tempat yang ditinggalkan beliau akan diambil alih oleh Timbalan Presiden I, Datuk V. Subramaniam yang akan memangku tugas sebagai Pemangku Presiden sehingga Mesyuarat Agung Tahunan BAM diadakan sekitar April tahun depan.

Pengumuman itu dibuat pada Mesyuarat Ahli Majlis BAM yang dilangsungkan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.

Norza berkata, sudah tiba masanya beliau melepaskan jawatan tersebut dan Subramaniam akan memangku tugas selaku pemangku sehingga Mesyuarat Agung Tahunan dibuat tahun depan.

“Sudah tiba masanya untuk saya melepaskan jawatan selaku Presiden BAM dan selepas ini, BAM akan diterajui barisan kepimpinan yang baharu serta meneruskan kesinambungan tugas yang telah saya tinggalkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN